السلام عليكم dan Salam Sejahtera,
Ini adalah entri yang menerangkan tentang maksud-maksud Tamadun dari pelbagai sarjana. Nak tahu lebih lanjut ? bacalah sendiri :P
Ini adalah entri yang menerangkan tentang maksud-maksud Tamadun dari pelbagai sarjana. Nak tahu lebih lanjut ? bacalah sendiri :P
******************************************************************
Bahasa Latin : Civitas,
civilis, civis dan
civilitas = Civilization. Bererti warganegara, undang-undang dan sistem pemerintahan Rom.
Bahasa Greek : Kei yang
bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yang datang kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yang.
disimpan.
Bahasa Tamil : Nakarikam,
nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan bandar.
Bahasa Cina : Wen
Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Jg. merujuk kpd.
unsur-unsur material dan spiritual yang. muncul drpd. pencapaian sejarah
perkembangan manusia.
Kedua-dua Bahasa Tamil dan cina menyentuh
tentang tingkahlaku yang baik.
Bahasa Arab : Tamadun berasal
dari perkataan Arab. Madani adalah
sifat nama yang membawa erti sifat pembangunaan, atau perbandaran serta
keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini bererti pembangunan sifat kekotaan dan
insaniah di dalam diri.Madaniyat pula dalam Bahasa Arab bermaksud kota-kota. Perkataan-perkataan lain yang
biasa digunakan dalam bahasa Arab ialah thaqafah, umran
dan hadharah.
Thaqafah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Arnold
Toynbee menerusi bukunya, A Study of History menjelaskan
bahawa tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota.
Madaniyat ialah kemajuan yang dicapai oleh
satu-satu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk
di tahap yang lebih tinggi. Iaitu pencapaian dari segi kebendaan seperti alat
teknologi dalam pertanian, pengeluaran, pengangkutan dan sebagainya, seni bina
dan lain-lain lagi. Ia merupakan hubungan dengan alam sekitarnya yang bersifat
kebendaan. Ia juga bersumberkan wahyu. Abu Nasir al-Farabi telah memperkenalkan istilah al-madaniyat dalam
kitabnya yang membawa maksud kota, kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan
akhlak. Dan juga digunakan oleh Syeikh Muhammad Abduh di
dalam risalahnya Al-Islam wa al-Nas wa al-‘Ilmu wa al-Madaniyat dan Tafsir
al-Mannar.
Umran dalam Bahasa Arab bermaksud
bangunan atau perbandaran. Istilah ini telah digunakan oleh Ibnu
Khaldun.
Hadharah dalam Bahasa Arab
bermaksud kebudayaan. Menurut Ibnu Khaldun hadharah ialah sekumpulan manusia
yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian.
Istilah ini telah digunakan oleh Kurdi Ali dalam kitabnya, Al-Islam wa
al-Hadharah al-Arabiah. hadharah ialah merupakan
pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya yang
berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ini merupakan hubungan manusia dengan
manusia yang bersumberkan wahyu.
Bahasa Inggeris: Beberapa perkataan yang biasa digunakan ialah Culture, Reneissance, dan Civilazation. Adakah semua perkataan itu menyamai
makna perkataan tamadun dalam bahasa Arab? Civilize bererti memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat.
Umumnya memang terdapat perbezaan antara perkataan tersebut yang
mencakupi makna dan skop perbahasan mengenainya walaupun ada ciri dan perkaitan
di antara satu sama lain. Culture, Urbanization dan Reneissance mempunyai
makna yang sempit dan Civilization di anggap mencakupi
ketiga-tiga makna tersebut.
Kamus Dewan mendefinisikan tamadun sebagai
keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya ,sosial , politik,
beradaban dan dan lain-lain (Tengku Iskandar : 1994). Keadaan masyarakat
manusia yang dicirikan oleh taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya)
yang tinggi – peradaban. Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf
perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi. Budaya hidup atau
cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu. Keadaan
pemikiran (budaya & sosial) yang halus.
******************************************************************
PERHATIAN !
Jika ada kesilapan dari entri yang telah di paparkan ini silalah komen.
kerjasama pembaca dan pengunjung amat-amat dihargai :P
kerjasama pembaca dan pengunjung amat-amat dihargai :P
No comments:
Post a Comment