Satu berita gembira kepada para pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang sering menyertai program-program UniMAP di luar kampus dan penyertaan luar yang melibatkan penggunaan kenderaan UniMAP.
Pada 2 September 2012 UniMAP Holdings dengan kerjasama Celcom Axiata telah melancarkan Celcom WiFi On-Board bagi semua 18 buah bas rasmi UniMAP (Bas persiaran Biru-Kelabu). Kemudahan tersebut secara tidak langsun
g dapat memberikan akses internet kepada para pelajar UniMAP yang berada di dalam bas tersebut. Kerjasama adalah yang pertama bagi IPTA - IPTA Malaysia. Ia secara tidak langsung turut memberi kelebihan kepada pengguna bas shuttle. Mungkin mengambil masa bagi kesemua bas untuk dilengkapi.
Semoga kemudahan yang diberikan ini dapat membantu para pelajar UniMAP agar lebih berdaya saing dan memanfaatkan waktu dengan lebih berkesan.
Semoga kemudahan yang diberikan ini dapat membantu para pelajar UniMAP agar lebih berdaya saing dan memanfaatkan waktu dengan lebih berkesan.
********************************
Sumber : Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP
No comments:
Post a Comment